GASTRIK Menghantui Diri???

By noramalinayoup - Saturday, July 27, 2019

Assalamualaikum, Hai peeps..... 

Entry kali ni khas untuk orang GASTRIK!! yang tak gastrik jangan baca.... okay gurau.. boleh je baca. Actually nak celoteh lah sikit, orang yang pernah kena gastrik mesti pernah rasa simptom2 gastrik macam pedih ulu hati, kadang tu sakit perut, sebu, lepastu mulalah sakit kepala then rasa nak muntah kan?? macam tu lah aku alami baru2 ni, actually not baru lah..sebab memang ada rekod gastrik, tapi selalu tak teruk sangat, kali ni dia serang teruk jugak lah, main pedih ulu hati memang tak boleh dibawa bincang betul.. boleh hilang mood seharian. 

Then, selepas pergi dapat rawatan di klinik panel syarikat aku, and tanjat gegirl harga ubat kali ni, agak mahal dari biasa. Actually first time dapat ubat gastrik dos 30mg, maybe dos tinggi,harga pon tinggi kot.. husnuzon jelah, walaupun dah rasa mcm nak marah je, klinik lain murah2, sekali klinik panel sendiri kena harga mahal.. tapi memandangkan sakit kan, kita terima jelah, sebab doktor lebih memahami. Setelah mendapat rawatan, doktor beritahu buat masa tu kena hold/kurangkan makanan berminyak dan juga pedas. So aku pon kaji punya kaji, rupanya deret seminggu aku makan makanan berminyak dan ada juga fastfood.. so bukan salah makanan, salah diri sendiri yang cari pasal.

Disebabkan kali ni gastrik aku teruk sangat, sampai sakit2 badan dan juga pening kepala, aku pon baru teringat, aku ada beli satu produk ni, losyen terapi anggun, dia macam minyak angin, tapi bukan  mcm cecair minyak yuyi tu, ia mcm losyen korang slalu pakai tu, yang bestnya, tak berminyak langsung.. first aku cuba ,terus jatuh hati dan terbeli.. so aku pakai lah yang ni, untuk buang angin2 dalam badan tu, terus okay wehh, buang angin dalam badan.. so ak teruskan gunakan waktu tidur, sapu dekat kaki, then pakai stoking, best sangat dan tidur pun lena.



Yang ni packaging lama, sis beli tahun lepas, sampai skrang ada lagi, tapi nak habis dah.. so sis beli baru, sis terjumpa dekat caring pharmacy, rupanya company seraimas ni dah tukar packaging baru produk ni, sis risau juga,,kot2 salah ke ape kan, sis contact HQ untuk tanya lebih lanjut. Rupanya mereka dah tak keluarkan botol lama tu, .. Sis apa lagi, rembat lah satu tiub losyen ni dekat caring pharmacy, alang2 dah disitu kan.. tak silap sis harga sis beli haritu RM14 mcam tu lah..tak ingat pula sis.. mungkin boleh tengok di website caring pharmacy.. 


Packaging tiub ni, sis suka sangat, sebab senang bawa merata tempat, kecik.. lagipun ringan je.. hehe.. sis letak satu kat ofis,.sakit kepala ,angin ke kan, sis sapu2 je ni.. haih.kawan sis pon suka rembat sis punya losyen angin ni tau.. Oh, berbalik pada gastrik sis, mak sis bagi sis satu petua.. dia suruh sis amalkan air teh halba ni.. tengok gambar bawah...sis terangkan dekat situ..



Ni lah teh halba, actually bukan teh pon, halba tu kalau rendam dalam air panas akan jadi warna gitu.. mak sis suruh sis cuba minum, katanya bagus untuk buang angin dalam badan kita. sis pon google2 lah juga, cari info pasal ni.. then ternyata ramai bagi feedback bagus.. natural jamu lagi bagus rasanya.. jimat kos.. so sis tengok dekat dapur ada halba ni, sis apa lagi, cuba lah satu cawan.. not bad rasanya, sebab tak kuat sangat.. 

bahan-bahan:

1)Air panas/air suam
2)Halba -1 sudu teh

* rendam lah sampai kembang gitu, lepastu minum.. 

Sis dah cuba, ringan je badan sis.. Bagus untuk dalaman kita juga sebenarnya. So, sepanjang sis kena gastrik tu, sis makan juga ubat doktor bagi,.. then sampingan tu, sis minum air halba dan sapu2 badan sis dengan losyen terapi anggun tu.. Alhamdulillah, gastrik sis beransur pulih..oh satu lagi, sis amalkan pemakan sihat dengan cara:

1)Stop minum teh/kopi (sekali sekala tak apa, jangan selalu)
2) Kurangkan makanan berminyak
3)Kurangkan makanan yang pedas
4)Kurangkan pengambilan manis
5)lebihkan sayuran dan buahan
6)yang paling penting, minum air kosong banyak2.. bagus untuk kesihatan.

Mungkin setiap orang berbeza masalah yang dialami, so sis share mana yang sis alami sahaja. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Doakan sis cepat sihat.. Semoga apa yang sis share ,ada yang memberi manfaat kepada anda juga. sekian.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments